Alhamdulillah Allah

1 comment :

Assalamualaikum. Seperti yang kita semua tahu, baru baru ni result matrikulasi dan juga upu dah pun keluar. Jadi seperti penganggur-penganggur lepasan SPM macam aku nieh, memang sah sah lah kena ambil tahu pasal hebahan ni. Aku pon tak terkecuali jugak lah merasa debaran debarannya. Serius cuak gila time nak check. First result Form6 dulu keluar. Aku tak diterima. ISK ISK. Then keesokannya result matrik pulak keluar. Kalau bagi aku, aku lebih berharap kepada matrik rathen than result upu. Malam tuh memang aku tak boleh tido lah kan. Memang betul kata orang, penantian itu satu penyeksaan buat diriku. HAHAHA Time nak masukkan number ic, tangan terketaq ketaq macam parkinson. Siap baca mantera yang aku belajaq time aku pi bertapa kat gunung puteri gunung ledang. * oke tu tipu. hoho anddd yes ! ALHAMDULILLAH, aku bersyukur sangat sangat sebab aku diterima masuk matrik.Happy gila aku masa tuh. Course sains program satu tahun dekat MELAKA. Aku berharap matrik gopeng tapi tak pe lah. Bersyukur je lah syida


So memang semangat lah aku nak ke MELAKA . jADI ORANG mELAKA. hihi oke, Lepas beberapan minggu, result untuk upu pulak keluar atau dengan kata lainnyaa penempatan ke IPTA. At first aku memag tak ada lansung rasa cuak sebab aku rasa aku tak akan dapat and tak akan pernah dapat cewahhh. and aku memang tak berharap lansung sebab aku dah ada matrikulasi. Jadi buat apa aku nak takut. Then malam sebelum tu tiba2 guwa rasa cuak sebab ramai tweet pasal benda alah nieh. and at last aku doa jugak dekat ALLAH supaya aku dapat offer mana mana universiti and lastttttt ALHAMDULILLAH AGAIN ! Aku dapat Universiti Teknologi Mara- UiTM ! HAHAHHA Menjerit aku beb. Memang option yang aku mintak time isi UPU pun. Course diploma Sains tapi tak tau dekat mana tempatnyaa.


So ,sekarang ni aku pon tengah pening nak pilih mana satu dan satu satu jawapan nya ada pada istikharah. InsyaAllah. Allah akan buat pilhan yang tepat untuk aku. Amiinn. Perasan tak, bila kita doa sungguh sungguh dengan penuh ikhlas mengharapkan sesuatu perkara tersubut, ianya akan datang dengan sendirikan. Sebab tu selain usaha , tawakal adalah sebaik baik penyelesaian. Tapi, jangan ingat Allah pada waktu susah je. Kalau nak Allah ingat kita setiap masa, Kita kena ingat Allah setiap masa jugak. Bukan waktu susah je kita meminta pertolongan.

Bagi yang tak dapat, jangan rasa give up, sedih tu mestilah adakan. Kalau aku jadi korang pon for sure terguling guling aku atas tanah. Tapi cuba kita muhasabah diri kita balik. Misal kata kalau kita dapat upu mesti kita takkan minta tolong kat Allah kan, menangis menangis bagai. Mungkin kita dah tersasar jauh dan sebab tu Allah beri sedikit ujian untuk sedarkan kita . So, muhasabah diri balik. Ingat balik, apa yang pernah kita semua buat dulu. Pernah sakitkan hati kawan-kawan kita ke. Minta maaf , jangan berdiam diri sahaja. Oke, Buat pilihan yang tepat dan jitu. Kat mana-mana pon boleh belajar. Jangan main main dah. Cintan cintun bagai.

Always put Allah in your heart averywhere you go because this world belongs to Allah and at Him we return.

Result

2 comments :
ALHAMDULILLAH , aku bersyukur menerima rezeki ini sesuai dengan kesungguhan aku selama ni.Seperti yang kau orang tau, empat hari yang lepas merupakan tarikh dimana result spm telah dikeluarkan. Yeah, aku salah seorang calon yang mesti menghadirkan diri untuk mengambil slip peperiksaan. HIIHI. Sampai je kat sekolah semua calon-calon disuruh mengambil tempat duduk. Aku and the geng pon serbu la kerusi mana nak duduk. Cuak habaq mai !! thenn, selepas berucap pengetua panggil 12 orangg pelajar untuk naik ke pentas kerana telah melakar kejayaan yang cemerlang. wohooo, cikgu panggil start drpd no 12 untill 1. and yeah nama aku jugak tak terlepas daripada senarai tersebut TOP 3. hehe

Result aku takada lah straight's A tapi aku mcm tak percayalah dengan result aku. Yelhaa, kalau korg tau kisah kemalasan akuu kt sekolah ditambah-tambah di rumah. HAHAHA memang gila ahh. pastu mula lah terdekit kt kepala otak, ish kalau lah aku tak main-main duluu mesti dapat starights ye laa, yg skang ni main-main pon boleh dapat half of it. hoho

Aku dapat 5A 3B 2C !! HEHE Aku dapat dua subject A+ iaitu sejarh dan tasawur islam. Memang aku tak expect untuk dapat tasawur islam A inikan pulak A+. Aku target  B je dohh sbb aku rasa susah gila soalan dia and time jawab paper 2 aku main-main jawab. seriussss ! pastu B+ untuk addmath ngn BI. haaa ni jgn ckp lahh. Addmath aku tak pernah-pernah lulus since aku masuk kelas sains smpai lah trial. yang lulus-lulus tu semua sbb cikgu tmbah markah tup tup dapat B+ . NDEKK aku cakap memang gila ahh ! Time aku jawab paper 1 dah la banyak tinggal, paper dua korang jgn cakap lah. Study malam sebelum nak exam pulak tuh. hahahaha and the B for biology. pastu pyhsics aku , aku dapat C+ and C for chemistry.


Overall, aku puas hati dan bersyukur even aku ada la jugak rasa malu bila berhadapan dengan budak2 yang tak ambik science tulen ni bila deme tanya bape A. Ye la, cuba budak-budak tadi ambik science tulen mahu tak terputus nyawa. HAHA tapi aku merasa aku ni terer gak sebab rata-rata aku tanya kawan-kawan aku daripada semua sekolah berasrama penuh kebanyakan dapat 4 or 5. hehe jahat jahat. saja nak mengembalikan semangat yang hilang.

Jum tengok gambar-gambar pulak !

                                  
 Ini lah admin blog ni. HAHAHA Bersama-sama pak uda yang tak jemu-jemu meberi semangat. Aku rajin jugak jumpa pak uda kat pejabat bersama dengan kawan aku dayana. hihi

Ini puulak Dayana. Dia sekarang ambik STAM . Alamak sebelah pak uda, cikgu puzi cikgu addmath aku. Tak pernah-pernah nak senyum ni kan pulak tegur aku tiba-tiba time amik slip die boleh pulak tegur aku. 


and Last but not least, ini lah pelajar-pelajar yang mendapat top 12. Alhamdulillah. Semoga kita semua berjaya di dunia juga diakhirat. InsyaAllah. Biar tak lepas jawab SPM tapi jgn sesekali tak lepas jawan soalan padang masyar a.k.a Spm kerana tidak akan ada peluang kedua untuk kita. Semoga Allah redhaa !

Sahabat

No comments :
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita…
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita
yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan…
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan…
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Kita tidak tahu…
Tetapi. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu..

Alhamdulilllah

No comments :
Alhamdulillah, kalimah syukur hanya layak dipanjatkan kepada Allah SWT. Kalimah yang menggetarkan jiwa-jiwa mereka yang beriman.Dengan mengucapkan “ Alhamdulillah” -, atas segala kurniaan, penganugerahan dan pemberian nikmat yang pelbagai. Ia adalah lambang kehambaan, keimanan, ketundukan dan kekerdilan sebagai seorang hamba Allah SWT.Bangunnya kita daripada tidur pagi ini – harus dimulai dengan kebeningan hati yang bersyukur dan bersyukur.

Di pagi sangat sungguh indah dan penuh berkah.Embun yang menitis setiap pagi begitu dingin.Kedinginan, kesejukan dan kesegaran inilah menguatkan lagi rasa kesyukuran kepada Yang Maha Esa.Udaranya terjaga, bersih, nyaman dan menyegarkan. Menghirup udara yang masih terpelihara daripada nafas-nafas sang pendosa. Hiruplah udara di awal pagi sebelum fajar. Ia adalah waktu-waktu bersendirian bagi mukmin muslim yang sedang khusyuk bermunajat dan menadah tangan mengharapkan keampunan dan belas ehsan Sang Pencipta.Alhamdulillah.

Allah SWT mendidik kita untuk bersyukur, satu kata yang lebih luas maknanya daripada berterima kasih. Syukur, ia lahir daripada natijah, hasilan keimanan yang tersemat kukuh disanubari.

Ya, alangkah beruntung dan berbahagianya kita apabila dipilih untuk menjadi Muslim. Rabb, Ilah dan tuhan kita adalah Allah SWT. Kita mempunyai tempat sembahan, pengaduan dan penyerahan segala perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap-Nya.

Ketika dilimpahi kenikmatan dan kesenangan, kita mengucapkan lafaz kesyukuran kerana menyedari hakikat pemberian-Nya yang begitu banyak.Ketika susah, kita mempunyai tempat untuk mengadu, merintih, meluahkan perasaan, menagih simpati, meletakan harapan kasih dan berdoa memohon bantuan pertolongan.
Iman mulai bertapak dihati. Ia disemai dan dibajai dengan subur dan kian mekar dijiwa hamba Rabbani.

“ tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan.”
( Al- Hujurat : 7)

Alhamdulillah, syukur sehingga hari ini kita semua berusaha untuk terus menerus menjadi seorang muslim dan muslimah yang taat sepenuhnya kepad Allah SWT.Semoga Allah SWT berikan kita kekuatan. Kita perlu mencari alasan dan kekuatan untuk terus menjadi kuat.

Ayuh kita kuat dengan sentiasa bersyukur!
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Buat muka comel

4 comments :
Assalamualaikum. Akhirnyaa ! Siap jugak tranformasi blog ni daripada classis template atau dengan kata lainnya menggunakan blogskin kepada washed denim. Template biasa. Memang mengambil masa dan memerlukan penelitian yang bersungguh sungguh. cewahh , kelas kau syida. Tapi dekorasinya belum siap seratus peratus. Ni baru half la kut. Lepas ni jangan nak menggatal tukar-tukar balik. Penat tau dok. Biasalah citarasa manusia berubah mengikut kesusaian, masa, keadaan sekeliling and of course keinginan yg membara bara. hehe


Mulai hari ini, saya berjanji *kesian dulu orang suruh baca ikrar tak nak, cabut lari skang nak pulak berikrar dalam blog janji tak janji lah kut, InsyaAllah aku nak cubalah jugak post sebanyak mana entri . Yelah, sementara aku tengah menganggur ni, eloklah aku buat kerja-kerja kebajikan. ceh ayat. Konon ada pembaca. Hey sapa kata tak ada ? hang habaq mai kat ceq skang  ! Of course ada.


Pembaca setia tak lain dan tak bukan Allah yang maha esa selaku hakim dekat blog aku ni, selain tu ada jugak malaikat-malaikat selaku editor. Yelah mestilah kena ada orang check kesalahan tatabahasa atau dengan erti kata lain perkataan-perkataan yg baik-baik akan diberi ganjaran yang lumayan manakala perkataan yang tak elok, kau teriima la padahnya syida. wahahaha seterusnya, ada jugak kut manusia manusia ke. ahh sapa-sapa jelah. rumah ku sentiasa terbuka untuk dimasuki pengunjung-pengunjung yang mungkin datang daripada england , thailand, paris *ceit menyampah mak . Ha tu lah dia.


So, sekarang aku sedang menghitung hari, detik demi detik Opss TER nyanyi pulak. menghitung hari untuk result SPM yang bakal diumumkan oleh mudir-mudir sekolah kurang daripada 16hari. Cuak la jugak. Apa-apa pun, redha dengan ketentuan ILahi. InsyaAllah, dapat keputusaan yang cemerlang. Ha korang Aminnn kan lah. HAHAHHA ok lah, banyak dah melalut *bajet banyak, padahal tak sampai suku pon tulisnya. heee bhoiii

P/S syida sayang rindu manja syida. Nama dia Puteri Nur Dini Dayana. HUYOOHHH

Bilakah Izrail mencabut nyawa?

1 comment :
Izrail, salah satu nama malaikat yang diketahui umat Islam. Tugasnya sudah tentu mencabut nyawa selain beribadah kepada Allah, tuhan semesta alam. Mungkin ramai yang tertanya bagaimanakah Izrail mampu mencabut nyawa makhluk yang terlalu banyak di muka bumi Allah ini bukan? Ya, dia mampu mengambil nyawa kerana kekuasaan untuk mencabut nyawa yang telah Allah berikan padanya sama banyak dengan makhluk yang Allah ciptakan.
Dikisahkan, ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
Tanda-tanda kematian seseorang

100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas ArasyAllah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Apabila Izrail mencabut nyawa
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikatJibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah”.
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain”.
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:
“Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan”.
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu”.
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir”.
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah”.
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikatKu, tulis Asma-Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu”.
Sebaik saja mendapat perintah Allah maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah. Setelah melihat Asma Allah dan terbitnya rasa cintanya kepada Allah maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Tempat tinggal roh
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat”:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya”:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


No comments :
Assalamualaikum hamba Allah semua. Tika ini, aku hanya duduk duduk di rumah sambil menyiapkan lesen kereta akuu kat NAIDU. Tak sabarnyaa nk broom broom ! No pin UPU pon dah beli, tinggal nak isi je. serius, aku tak tau nak pilih bidang apa. terlampau byak choices sampai mata ku berpinar-pinar jadinya. HAHAHA


Selama 18 tahun aku bernafas kat bumi ni, macam-macam ragam manusia aku dah jumpa. Semua manusia tersebut mempunyai keinginan yg berbeza-beza, tingkah laku mereka yg tidak sama dan hati-hati mereka yang melihatt sesuatu perkara juga berlainan. bak kata orang, rambut sama hitam hati lain-lain. ada manusia kerjanya mengutuk orang, ada juga yg panas baran, ada juga yg suka akan hal yg berkaitan LOVE, ada juga yg suka memberi nasihat dan tdk lupa juga manusia yg sedang mencari-cari cahaya Ilahi.

Tu semua ragam manusia. Pelikk. Kadang diri ini terfikir kenapa tidak semua manusia sama saja, baik perilaku nya. tapi tu semua mustahil, sedangkan aku juga banyak kekurangannya. Susah apabila kita berhadapan dengan orang yg suka mengutuk,mengumpat, bercakap tanpa soal selidik seperti 'mereka' saja yang sempurna. Apabila diri ini berada di kalangan orang-orang yg kerjanya asikk mengutuk memang susah. Takut kita yang dapat sahamnya. Terkadang, mahuu saja aku menyuruhnya supaya diam dan insaf tapi apakan daya kalau diri sendiri tak mampu mengubahkan. Supaya meereka semua mendapat hidayah satu hari nanti.

Sahabat sejati sukar dicari. pohonlah kepada Allah agar dikurniakan sahabat yang soleh/solehah dan apabila sudah memilikinya jagalah hatinya. Bersahabatlah kerana Allah moga-moga hingga ke syurga.