Buat muka comel

Assalamualaikum. Akhirnyaa ! Siap jugak tranformasi blog ni daripada classis template atau dengan kata lainnya menggunakan blogskin kepada washed denim. Template biasa. Memang mengambil masa dan memerlukan penelitian yang bersungguh sungguh. cewahh , kelas kau syida. Tapi dekorasinya belum siap seratus peratus. Ni baru half la kut. Lepas ni jangan nak menggatal tukar-tukar balik. Penat tau dok. Biasalah citarasa manusia berubah mengikut kesusaian, masa, keadaan sekeliling and of course keinginan yg membara bara. hehe


Mulai hari ini, saya berjanji *kesian dulu orang suruh baca ikrar tak nak, cabut lari skang nak pulak berikrar dalam blog janji tak janji lah kut, InsyaAllah aku nak cubalah jugak post sebanyak mana entri . Yelah, sementara aku tengah menganggur ni, eloklah aku buat kerja-kerja kebajikan. ceh ayat. Konon ada pembaca. Hey sapa kata tak ada ? hang habaq mai kat ceq skang  ! Of course ada.


Pembaca setia tak lain dan tak bukan Allah yang maha esa selaku hakim dekat blog aku ni, selain tu ada jugak malaikat-malaikat selaku editor. Yelah mestilah kena ada orang check kesalahan tatabahasa atau dengan erti kata lain perkataan-perkataan yg baik-baik akan diberi ganjaran yang lumayan manakala perkataan yang tak elok, kau teriima la padahnya syida. wahahaha seterusnya, ada jugak kut manusia manusia ke. ahh sapa-sapa jelah. rumah ku sentiasa terbuka untuk dimasuki pengunjung-pengunjung yang mungkin datang daripada england , thailand, paris *ceit menyampah mak . Ha tu lah dia.


So, sekarang aku sedang menghitung hari, detik demi detik Opss TER nyanyi pulak. menghitung hari untuk result SPM yang bakal diumumkan oleh mudir-mudir sekolah kurang daripada 16hari. Cuak la jugak. Apa-apa pun, redha dengan ketentuan ILahi. InsyaAllah, dapat keputusaan yang cemerlang. Ha korang Aminnn kan lah. HAHAHHA ok lah, banyak dah melalut *bajet banyak, padahal tak sampai suku pon tulisnya. heee bhoiii

P/S syida sayang rindu manja syida. Nama dia Puteri Nur Dini Dayana. HUYOOHHH

4 comments :

Anonymous said...

cantikk <3

nurul syahida said...

HAHA biasa je . btw thanks ^_^

azieyanz said...

macam mana nak tukar jadi macam ni erk..nk try,nk try..

nurul syahida said...

ha, maksudnya ? tukar mcm mana tuh ? :') hehe