sahabat yg dicintai

No comments :
Assalamualaikumm, wahh lama gila tak tulis entry. dah bersawang ni haa. ouhh btw, sekarang ni aku tengah ambil lesen kereta. nervouss gilak. haha biasalah, budak habiss spm. banyak masa ni. aii lps settle lesen, cari kerja la plak. cadangg nk cri krja kat TF je,supermarket. jadi cashier pon boleh jugak.

sebenarnyaa, aku nak tulis entry special untuk someone. cuba teka sape ? jeng jeng jeng. haha nama dia dayana. akuu sayang die sangat3x. kalau korg nak tau, die ni baikk. dah la cntikk. ecewahhh bangga kau jah, aku puji2 kau. hahak 

bolehh dikatakan kami selalu bersama. pegi mana2 mesti asik pegang tangan. kelakar je. sampai org pon dh tau kami dua. dh mcm kembar tpi xseirass. haha

aku sukaa dgr masalahh die. die nii orgnya cengeng tpi tak sukaa tunjukk. ego lerr tu. kami jugak selalu gila keluar pegi jalan2x. haritu penah pergi mndi sungai, keluar ke ipoh, KL, tg malim, kampung die. bnyakk lagilah. bestt sangat. bila aku jumpa dia, teruss hilang masalah akuu. seriusss,, dgn tgk muka die aku teruss gelak terbahak-bahak. hmm tulah kenangan bersekolah ngn die hahahah ok, tu je laah. sebenarnye kalau boleh nk tulis lgi panjang tpi xtertulis. sbb banyak sgt peristiwa bila dengan die. hahah


“ Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur baiknya dalam suka atau duka. Jika aku dapat,aku akan SETIA padanya”

Uwais al Qarni

1 comment :
Eh,aku nak story mory nih kat hampa semua. Pernah dengar tak kisah Uwais al Qarni ? Beliau hidup pada zaman dahulu tau. Aku pun baru tahu kisah dia. dan secara tiba-tiba aku sangat tertarik dengan kisah teladan ni. ok,let's story mory :
Nabi berpesan kepada Umar dan Ali :
“ Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. ”
Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “ al-Mubasyirun bil Jannah ” iaitu mereka sudah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali :
“ Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Umar dan Ali bertanya kepada Nabi s.a.w. soalan yang sama iaitu :
“ Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? “
Nabi menjawab :
“ Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”
Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan Nabi s.a.w. , minta sesuatu yang baik kepada mereka, Nabi s.a.w. menjawab :
“ Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt. ”
Maka topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari, yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau secara logiknya, ahli syurga seolah tidak perlu kepada pengampunan dosa daripada Allah s.w.t. kerana mereka sudah dijamin masuk syurga, namun tidak, Nabi s.a.w. masih menekankan supaya meminta Allah untuk mengampunkan dosa.

Memang benarlah firasat seorang Nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari arah Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni. Dengan pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Nabi s.a.w. maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang kurang berakal.

ok,itu saja.babai


Exam was over

1 comment :


Hai ebely body .. Sihat ? heee Saya nak bagitau yang hari ni I'M FREEDOM ! yeah,bebas daripada penjajahan selama 3minggu berturut-turut by examination -_- macam penjajahan PARTI KOMUNIS MALAYA pulak.. tapi memang pon,terseksa zahir dan batinku. 3minggu tidur lambat saampai ada hari tu tidur sampai kui 4.30 pagi .Maunya xngantuk time jawab exam keesokannya. Simpati tak? mwehehe Nak tau camna aksi saya ketika menjawab semua paper2 tersebut. Meh kita listkan tok awok-awok diluar sana. >_<

Bahasa Melayu---> Paper1 buat karangan.Boleh lah. Ada lah jugak idea nak mengarang. Agak2 boley wat novel setebal-tebalnye dokk ? hehe Paper2 agak senang .

Bahasa Inggeris--->Paper1 karangan. Susah nak mampus. Sikit lagi nak nazak,tak mampus lagi lah. Paper2 ya ampun. Susah derr time wat summary. Aku benci subject BI.. Melayu tulen tau. HAHA

Sejarah&P.Islam--> Suka subject ni . Paper 1 banyak careless dan Paper 2 senang . <3

Mathematics----> Subject ni pon senang. Paper 1 best jawab,Paper 2 ada la jugak soalan yang gua tinggal.

Tasawurr------> Paper 2 senang tapi Paper 1 cam apa jeh. Menci ~!!

Physics&Addmath-----> Buat pertama-tama kalinya aku rasa dua subject ni senang. Dan aku hanya sasarkan sasaran aku kepada gred LULUS .. hehe

Chemistry&Biology----> Pemenang Anugerah Subject paling susah gila babun jatuh kepada dua subjek tu lah.. Tension derr ..

Subjek yang aku ambil semuanya 10 bilangan ye akak abang. Semua soalan 100% kayak spm sebenar.Mathematics dengan addmath ada ke cikgu bagi terus yang SPM punye.. Masalahnya,,ckgu xajar pon lagi. Tapi,,ckgu kate yang mana ckgu xajar xyah jawab.Nak tau time bila dia kate cmtu? Lepas habis jawab kesemua paper.Mau nya tak nazak jawabnya. HAHA tapi,aku rasa dia tambah tu markah..  Tapi tak pa. Aku redha dan tawakal. Aku dah usaha. Insyaalah. Aku dapat result gempak punya. Aminn...

In Sujud you will find Allah, in His Name your heart will Rest..Trials are a blessing, for He tests those whom He loves best. ♥

Sahabat tidak boleh dilafazkan

No comments :
Assalamualaikum.Setelah lama menyemi,penulis blog ini kembali dengan wajah blognya yang baru.Minta maaf kerana sudah bebulan-bulan gamaknya xtulis entry.Masa yang tidak pernah mengizinkan saya untuk menulis serta exam yang sedang melanda hidup saya menyebabkan saya terlupa sejenak akan blog kesayangan ku ini.Hehe. Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua tenaga pengajar yg telah banyak memberikan ilmu kepada saya sejak drpd umur 4tahun lagi.Jasamu akan saya kenang cikgu.. Oke,kembali kepada tajuk kita semula ye kawan-kawan. Tajuk yang saya nak bincangkan ialah tentang sahabat.

Kenapa saya memilih tajuk ini? Kerana saya lihat kebanyakan drpd kita tidak prnah memahami erti persahabatan..Manis sahaja muluut menuturkan perkataan sayang kepada sahabat tetapi bagaimana cara perlakuan kita terhadap sahabat kita? Hanya dengan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan erti persahabatan itu.Sungguh,saya tidak pernah percaya jika seseoraang itu melafazkan perkataan sayangnya  kerana bagi saya untuk sayang kepada seseorang itu amat susah dan memerlukan masa yang lama untuk melahirkan perasaan sayang itu kepada sahabat.

Cuba kita uji persahabatan kita.Adakah mampu sahabat kita menerima ujian tersebut berdasarkan atas ungkapan sayangnya kepada kita.OK,let's say..Banyak yang saya jumpa status-status di facebook iaitu 'KERANA JANTAN,SANGGUP MELERAIKAN TALI PERSAHABAT'.. hmm,dalam kes ini tidak sepatutnya berlaku.Antara sahabat dan pakwe,mana lagi penting.Sahabat sentiasa ada dengan kita bila kita susah tapi ada ke pakwe2 tu semua nak dtg kat kita.sorry to say. Sahabat juga tempat kita berkongsi masalah dan menjadikan hidup kita penuh dengan tawa.Bagaimana pula dengan kekasih? Kekasih hanya tahu melafazkan perkataan I LUV U .. tapi adakah benar2 dia mengungkapkannya? Kerana berebutkan kekasih,,kita bergaduh dengan sahabat..tidak bertegur sapa,berdendam .. hey,,jantan yg korang duk sebok tergila-gilakan tuh pon sedang ketwa sebab dia fikir 'eh,ramai jugak minat aku'.. please,please,please..

Sahabat tiada gantinya.Sekali kita buang sahabat kita,,luka yang terguris tidak akan pulih sepenuhnya.Pasti ada parut yg tersimpan.Walaupun kita dah berbaik dgn sahabat kita,namun ianya tidak sama dgn sahabat yg kita ketemu dulu.Kerana,,Kerana apa? kerana luka yang telah terguris,sukar untuk dipulihkan kembali.





Moral of the values ..Hargailah sahabt kita.Jangan kerana hal yang remeh temeh kita bergaduh.kita tidak bertegur sapa. <3


Salam Sayang Saya

No comments :
Assalamualaikum. Hai guys.. Saya nak ucapkan salam Maulidur Rasul pada semua umat islam. Rajin-rajinlah kita berselawat pada baginda, but it not for today only .. Hari-hari lain pun kena jugak. So,cuti korang selama empat hari ni macam mana? what do you doing ?? Haha Cuti empat hari ni aku langsung xpegi mana-mana, jalan-jalan or bersiar-siar. :( alik-alik Tanjung Malim . Hari tu hang out dengan kawan baik saya Kauthar pergi pasar kat Tg.Malim. Kiteorang dua je,Yusniati dia xbalik dari asrama lagi. Selain daripada tu, saya adalah study sikit-sikit untuk subjek Tingkatan Empat. Sekarang ni Alhamdulillah ,, Biology selamat dah saya khatam kan untuk Form 4. Tak tau la apa yang saya baca, boleh masuk ke idak. Tapi lepas ni saya hanya perlu banyakkan latihan untuk subjek tu. Insyaallah. Doakan saya ya .

Then subjek matematik tambahan. Saya sekarang ni baru habiskan bab untuk Function,Quadratic Equation, Quadratic Function and Simultenous Equations. Semua bab tu just untuk subjek tingkatan empat sahaja. Semoga Allah memudahkan segala urusan saya di dunia dan juga diakhirat. Bak kata orang dunia kita cari, akhirat kita kejar * betul ke perumpamaan ni. haha sounds like that la. mwehehe



so, Bagi semua calon-calon SPM , jangan anggap SPM tu satu bebanan tapi kejayaan yang akan membantu kita menggapai cita-cita di masa hadapan. Takpalah kalau tahun ni kita susah. Kita just kene study hard sikit je, tapi secara bijak. Jangan sampai sebab study kita tak makan, minum, exercise . HAHA boleh jadi gila lah kau macam tu. Pemakan yang seimbang tu penting. Belajar Biology tak,nutrient,carbohydrates and etc.ohh,itu je lah yan saya nak ceritakan. Akhir kata dari saya,selamat maju jaya teman-teman di 5science. :D



p/s Kenikmatan itu ujian, kesusahan juga ujian. Maka beruntunglah orang
yang dapat menempuhi ujian dengan sabar.

No comments :

Assalamualaikum.wah,cuti seminggu ni saya tak tau nak buat apa.Serius,bosan gila.Tapi nasib baik lah semalam kelas kami ada aktiviti *hias kelas je pon. Hanim dan Fatin join sekali.

Boleh dikatakan almost students in my class were present yesterterday. About 10 a.m baru semua ada. Dalam menuggu diorang yang belum sampai,kami pon tengok cerita Ombak Rindu dekat laptop Fariha. Best jugak la cerita dia. aww aww hensem Aoran Aziz tapi tidak sehensem Nabi Ismail. *jiwang, geli mak . haha

Bila semua dah datang,kami pon mulakan operasi untuk decorate our classes. Cari paku untuk gantung jam. Give ur a big clamp to Lily sebab berjaya menukul paku tersebut. wahaha Then,kami hias kat belakang kelas pulak . Dalam membuat kerja tu,terasa lapar la pulak. Saya dengan Lily pergi la drive moto Laila nak beli makanan. aish,Malang tak berbau,ada pulak polis wat roblock kat depan tuh. Kami dua mana ada lesen lagi. Kami decide nak pergi rumah Yana dulu,parking moto kat sana. Selamat yana tak balik kampung lagi. Last-last Yana,saya, and Lily naik moto pi beli makanan. Malu kowt naik moto sampai tiga orang. Sementara menuggu Dayana bersiap,Lily ajar saya naik moto. best . sebenarnya saya dah reti naik moto,but takut2 nak bawa. Biasalah.

Lepas habis makan sambung balik wat kerjae yang tertangguh .Then dalam pukul 5 petang tuh kami semua balik . Sebab dah hujan dah pon . Ok,itu sahaja untuk hari ni . Rabu nanti kiteorang pergi sekolah lagi sebab nak tanam herba for Biology pulak. Nak dapatkan 10 markah beb. Cikgu kata nak tambah 10marks in evry single examination but just for biology je lah. SPM xdok eh. haha




A good friend knows all your best stories, A best friend has
lived them with you.see the difference ..




swear, I love this quote. Even today, I just have a good friends only but a best friend .. haha I don't know . to Kauthar,Ashikin,Yusniati,Syakira,Dayana,Lily,Fara,Hazirah and others I just want to say that thanks for being my good friends .
No comments :

Assalamualaikum kepada semua pemblogger-pemblogger,pengikut-pengikut, dan pembaca-pembaca blog yang tidak seberapa ini . *even memang blog ni langsung tak ada pembaca yang setia wahahaha --------> 'SAHABAT ' Dalam hidup korang pernah tak korang mengenali perkataan ini dan juga memahami perkataan ini.Saya percaya yang kebanyakannya mempunyai 'sahabat' tetapi sejauh mana kita ada untuk dia atau dia ada untuk kita.



Sebagai contoh,sedang kita mempunyai masalah yang sangat berat dan kita amat perlukan dia,tapi malangnya dia pula tiada dengan kita tika susah. Langsung tidak mengambil tahu tentang keadaan kita dan lebih parahnya meninggalkan kita dan pergi menemami teman yang laen. Adakah itu dikira sebagai sahabat? Sahabat yang hanya ada dengan kita waktu senang sahaja. Sebab apa? Mungkin hanya kerana untuk memanfaatkan diri kita waktu senang. Kadang-kala dia tinggalkan kita apabila dia sudah ada kawan yang jauh lebih bagus dan untong daripada kita. Itu ke namanya sahabat? Sahabat yang hanya menemani gelak tawa kita tapi tidak pernah menangisi akan masalah kita.



“Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cobaan, tetapi persahabatan
sejati bisa mengatasi cobaan itu bahkan bertumbuh bersama”

Sahabat yang setia adalah sahabat yang senantiasa ada dengan kita waktu susah atau senang , sentiasa memahami kita,membantu kita dan sentiasa membuat kita tersenyum. Indah rasanya memiliki sahabat yang sebegini rupa. Tapi dengan zaman yang serba moden ini dapatkah kita mencari the truthly friends . Mungkin hanya segelintir. Akan tetapi ingatlah jika jika kita mensia-siakan sahabat yang ada,lalu pergi mencari sahabat yang lain maka orang itu yang akan terkena balek dek kerana perbuatannya sendiri.

Moral of the values : Hargailah sahabat korang,jangan sia-sia kan mereka. Jangan apabila mereka dah tak ada dengan kita barulah terhegeh-hegeh nak cari.



No comments :
Assalamualaikum. Hari ni aku rasa nak review pasal aku lah.As you guys know,I 'm NURUL SYAHIDA ZULKOFLI. Mula melihat dunia pada tanggal 16 July 1995. Sudah 17 tahun bernafas di muka bumi ini and bakal menghadapi SPM tahun ni. Aku mengambil aliran sains tulen iaitu Physics ,Biology, Chemistry,Physics + Tasawur Islam. Aku sekarang ni menetap di Perak,daerah Tanjong Malim dan bersekolah di SMK Bandar Behrang 2020. Aku bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Petronas sekiranya berjaya memperoleh straigh's A.



Seorang yang suka berkhemah dan suka akan perkara yang sedikit adventures. Duduk bersama-sama Dayana and Lily dalam kelas. Seperti biasa,gang kamilah yang suka gelak,and buat bising. Azam aku untuk tahun ni ialah :


1)Focus ketika cikgu sedang mengajar
2)Study lebih masa
3)Pergi ke kelas
tusyen
4)Tidak membawa masalah rumah ke sekolah