Sahabat tidak boleh dilafazkan

Assalamualaikum.Setelah lama menyemi,penulis blog ini kembali dengan wajah blognya yang baru.Minta maaf kerana sudah bebulan-bulan gamaknya xtulis entry.Masa yang tidak pernah mengizinkan saya untuk menulis serta exam yang sedang melanda hidup saya menyebabkan saya terlupa sejenak akan blog kesayangan ku ini.Hehe. Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua tenaga pengajar yg telah banyak memberikan ilmu kepada saya sejak drpd umur 4tahun lagi.Jasamu akan saya kenang cikgu.. Oke,kembali kepada tajuk kita semula ye kawan-kawan. Tajuk yang saya nak bincangkan ialah tentang sahabat.

Kenapa saya memilih tajuk ini? Kerana saya lihat kebanyakan drpd kita tidak prnah memahami erti persahabatan..Manis sahaja muluut menuturkan perkataan sayang kepada sahabat tetapi bagaimana cara perlakuan kita terhadap sahabat kita? Hanya dengan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan erti persahabatan itu.Sungguh,saya tidak pernah percaya jika seseoraang itu melafazkan perkataan sayangnya  kerana bagi saya untuk sayang kepada seseorang itu amat susah dan memerlukan masa yang lama untuk melahirkan perasaan sayang itu kepada sahabat.

Cuba kita uji persahabatan kita.Adakah mampu sahabat kita menerima ujian tersebut berdasarkan atas ungkapan sayangnya kepada kita.OK,let's say..Banyak yang saya jumpa status-status di facebook iaitu 'KERANA JANTAN,SANGGUP MELERAIKAN TALI PERSAHABAT'.. hmm,dalam kes ini tidak sepatutnya berlaku.Antara sahabat dan pakwe,mana lagi penting.Sahabat sentiasa ada dengan kita bila kita susah tapi ada ke pakwe2 tu semua nak dtg kat kita.sorry to say. Sahabat juga tempat kita berkongsi masalah dan menjadikan hidup kita penuh dengan tawa.Bagaimana pula dengan kekasih? Kekasih hanya tahu melafazkan perkataan I LUV U .. tapi adakah benar2 dia mengungkapkannya? Kerana berebutkan kekasih,,kita bergaduh dengan sahabat..tidak bertegur sapa,berdendam .. hey,,jantan yg korang duk sebok tergila-gilakan tuh pon sedang ketwa sebab dia fikir 'eh,ramai jugak minat aku'.. please,please,please..

Sahabat tiada gantinya.Sekali kita buang sahabat kita,,luka yang terguris tidak akan pulih sepenuhnya.Pasti ada parut yg tersimpan.Walaupun kita dah berbaik dgn sahabat kita,namun ianya tidak sama dgn sahabat yg kita ketemu dulu.Kerana,,Kerana apa? kerana luka yang telah terguris,sukar untuk dipulihkan kembali.





Moral of the values ..Hargailah sahabt kita.Jangan kerana hal yang remeh temeh kita bergaduh.kita tidak bertegur sapa. <3


No comments :