Alhamdulillah Allah

1 comment :

Assalamualaikum. Seperti yang kita semua tahu, baru baru ni result matrikulasi dan juga upu dah pun keluar. Jadi seperti penganggur-penganggur lepasan SPM macam aku nieh, memang sah sah lah kena ambil tahu pasal hebahan ni. Aku pon tak terkecuali jugak lah merasa debaran debarannya. Serius cuak gila time nak check. First result Form6 dulu keluar. Aku tak diterima. ISK ISK. Then keesokannya result matrik pulak keluar. Kalau bagi aku, aku lebih berharap kepada matrik rathen than result upu. Malam tuh memang aku tak boleh tido lah kan. Memang betul kata orang, penantian itu satu penyeksaan buat diriku. HAHAHA Time nak masukkan number ic, tangan terketaq ketaq macam parkinson. Siap baca mantera yang aku belajaq time aku pi bertapa kat gunung puteri gunung ledang. * oke tu tipu. hoho anddd yes ! ALHAMDULILLAH, aku bersyukur sangat sangat sebab aku diterima masuk matrik.Happy gila aku masa tuh. Course sains program satu tahun dekat MELAKA. Aku berharap matrik gopeng tapi tak pe lah. Bersyukur je lah syida


So memang semangat lah aku nak ke MELAKA . jADI ORANG mELAKA. hihi oke, Lepas beberapan minggu, result untuk upu pulak keluar atau dengan kata lainnyaa penempatan ke IPTA. At first aku memag tak ada lansung rasa cuak sebab aku rasa aku tak akan dapat and tak akan pernah dapat cewahhh. and aku memang tak berharap lansung sebab aku dah ada matrikulasi. Jadi buat apa aku nak takut. Then malam sebelum tu tiba2 guwa rasa cuak sebab ramai tweet pasal benda alah nieh. and at last aku doa jugak dekat ALLAH supaya aku dapat offer mana mana universiti and lastttttt ALHAMDULILLAH AGAIN ! Aku dapat Universiti Teknologi Mara- UiTM ! HAHAHHA Menjerit aku beb. Memang option yang aku mintak time isi UPU pun. Course diploma Sains tapi tak tau dekat mana tempatnyaa.


So ,sekarang ni aku pon tengah pening nak pilih mana satu dan satu satu jawapan nya ada pada istikharah. InsyaAllah. Allah akan buat pilhan yang tepat untuk aku. Amiinn. Perasan tak, bila kita doa sungguh sungguh dengan penuh ikhlas mengharapkan sesuatu perkara tersubut, ianya akan datang dengan sendirikan. Sebab tu selain usaha , tawakal adalah sebaik baik penyelesaian. Tapi, jangan ingat Allah pada waktu susah je. Kalau nak Allah ingat kita setiap masa, Kita kena ingat Allah setiap masa jugak. Bukan waktu susah je kita meminta pertolongan.

Bagi yang tak dapat, jangan rasa give up, sedih tu mestilah adakan. Kalau aku jadi korang pon for sure terguling guling aku atas tanah. Tapi cuba kita muhasabah diri kita balik. Misal kata kalau kita dapat upu mesti kita takkan minta tolong kat Allah kan, menangis menangis bagai. Mungkin kita dah tersasar jauh dan sebab tu Allah beri sedikit ujian untuk sedarkan kita . So, muhasabah diri balik. Ingat balik, apa yang pernah kita semua buat dulu. Pernah sakitkan hati kawan-kawan kita ke. Minta maaf , jangan berdiam diri sahaja. Oke, Buat pilihan yang tepat dan jitu. Kat mana-mana pon boleh belajar. Jangan main main dah. Cintan cintun bagai.

Always put Allah in your heart averywhere you go because this world belongs to Allah and at Him we return.